fbpx

Pemandu ketakutan ular kecil melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor ular berwarna hijau dengan saiz sederhana dilihat melingkar di atas jalan. – TikTok

JAKARTA – Sebatang jalan di Bogor, wilayah Jawa Barat sesak gara-gara seekor ular berwarna hijau melintas, mendorong pemandu dan penunggang memberhentikan kenderaan mereka, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Berdasarkan  video yang dimuat naik di platform TikTok, seekor ular berwarna hijau dilihat melingkar di atas jalan.

Beberapa penunggang motosikal serta pemandu kereta berhenti dan teragak-agak untuk melintasi  reptilia tersebut.

Ular itu dalam masa sama kekal berada di atas jalan dan tidak terus menyusur keluar dari laluan utama.

Seorang penunggang motosikal yang membawa anaknya menunggang kenderaannya ke arah pinggir jalan, malah ada yang memberhentikan kenderaan mereka.

Tindakan tersebut menyebabkan jalan itu menjadi sesak dengan kenderaan berhenti atau bergerak perlahan.

“Sesak kerana tutup jalan (salah), sesak kerana ular (betul),” kata hantaran video tersebut.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Ular itu hanya menumpang lalu, kenapa takut padanya?” kata seorang netizen.

“Abang yang memakai kasut but! Dia mengangkat kaki paling tinggi padahal dia memakai but,” kata pengguna lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI