fbpx

Kebakaran Masjid Kampung Parit Simis Darat disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Masjid di Kampung Parit Simis Darat, Batu Pahat selepas mengalami kebakaran malam semalam.

BATU PAHAT – Kebakaran sebuah masjid di Kampung Parit Simis Darat di sini malam semalam disiasat sekiranya ada unsur-unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.50 malam itu kini disiasat oleh Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kejadian disedari oleh seorang penduduk tempatan yang kebetulan hendak singgah di masjid tersebut.

“Melihat kebakaran sedang berlaku sebelum meminta bantuan rakan dan penduduk kampung berhampiran untuk membantu memadam kebakaran dengan mengunakan air dan kayu sebelum berjaya dipadam kira-kira 15 kemudian.

“Pemeriksaan kemudiannya mendapati sebahagian daripada karpet, sejadah, pendingin hawa dan mimbar masjid telah terbakar,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, sebelum itu anggota bertugas di Balai Polis Sri Medan di Parit Sulong telah menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kejadian kebakaran di Masjid Kampung Parit Simis Darat, Sri Medan, di sini pada pukul 11.30 malam tadi.

Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau Ketua Polis Balai, Balai Polis Seri Medan ditalian 07-4850222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI