fbpx

2 kali gugur, Uqasha Senrose bakal bergelar ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA Senrose umum mengesahkan kehamilan dan bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

PETALING JAYA – Setelah dua tahun mendirikan rumah tangga, segala desas-desus kehamilan pelakon Uqasha Senrose kini terjawab apabila mengesahkan sedang berbadan dua dan bakal bergelar seorang ibu tidak lama lagi.

Berita gembira tersebut diumumkan Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 31, menerusi akaun Instagram sebentar tadi.

“Syukur Ya Allah. Alhamdullillah, rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki paling besar buat Qasha.

“Nervous (berdebar) dari nak menjadi isteri, sekarang berdebar untuk menjadi seorang ibu pula,” tulis isteri pelakon Kamal Adli itu menerusi Instagram.

Turut menyelitkan momen perkahwinan dan foto ultrasound bayi, Uqasha menjelakskan dia memilih untuk merahsiakan kehamilan kali ini kerana bimbang sebarang kemungkinan kerana pernah keguguran sebelum ini.

“Ramai yang tanya kenapa Qasha tidak jawab-jawab sebab dah (pernah) gugur jadi saya takut. Oleh itu, lebih baik saya sendiri yang cakap,” jelasnya yang pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada 2022.

Dalam pada itu bintang drama Akira Khan itu juga sempat meluahkan rasa sedihnya apabila ramai pihak yang menuduh keluarganya sukar untuk memiliki zuriat.

Justeru berita kehamilan ini cukup mengembirakan dirinya kerana secara tidak langsung turut membersihkan reputasi keluarganya yang tercalar akibat tuduhan tidak berasas itu.

“Jujur Qasha sedih bila orang cakap kenapa keluarga Senrose semua tidak ada zuriat, jadi apabila dapat tahu (berita kehamilan) Qasha bahagia sangat sebab aturan Allah itu dia yang maha mengetahui. Jodoh, ajal, maut dan rezeki semua dari Allah,” kongsi Uqasha lagi.

Uqasha yang juga kakak kepada aktres Nelydia dan Raysha Senrose itu berterima kasih kepada peminat dan semua yang mendoakan dirinya.

“Doa yang baik-baik untuk Qasha dan baby. Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Kamal Adli pada 5 November 2021.

Terdahulu, Uqasha memilih untuk mengunci mulut selepas Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Perubatan Kajang, Datuk Saroni memuat naik foto yang memberi bayangan pasangan itu bakal bergelar ibu bapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI