fbpx

Piala Super Sepanyol: Barca raih slot pentas final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAMAL meledak satu gol ketika membantu Barcelona menewaskan Osasuna untuk mara ke perlawanan akhir Piala Super Sepanyol menentang Real. - AFP

RIYADH – Barcelona memastikan tempat ke pentas final Piala Super Sepanyol selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Osasuna pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Al-Awwal awal pagi semalam.

Meskipun menampilkan aksi kurang meyakinkan, namun The Catalans berjaya mengetepikan Osasuna menerusi dua gol hasil jaringan Robert Lewandowski dan Lamine Yamal, sekali gus menempah aksi final menentang Real Madrid.

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez sudah mula mencongak percaturan menjelang perlawanan akhir nanti apabila menganggap pasukan itu memiliki kemampuan untuk mendominasi aksi Clasico itu.

“Jika dilihat pada corak permainan, saya fikir kami ada peluang yang lebih baik di final nanti. Sebagai contoh, kami bermain lebih baik berbanding mereka ketika menang 3-1 pada final tahun lalu.

“Walaupun kami tewas kepada mereka dalam La Liga musim ini, tetapi Barcelona bermain sangat baik sehingga minit ke-60. Kami tidak perlu takut dan akan bersemuka dengan Real Madrid,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menghamburkan pujian terhadap Yamal yang menampilkan aksi cukup matang selepas dimasukkan sebagai pemain gantian selain berjaya menjaringkan satu gol buat pasukan.

“Apabila bola berada di kakinya, dia mampu lakukan segalanya dengan sempurna. Dia langsung tidak benarkan bola hilang selain melakukan keputusan yang tepat dalam semua situasi,” ujar Xavi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI