fbpx

JDT sambar khidmat bekas pemain Portugal B-21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Francisco Geraldes bakal menjadi 'jeneral' baharu skuad Harimau Selatan musim depan.

PETALING JAYA – Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat terus untuk berbelanja ‘besar’ apabila mengesahkan kehadiran pemain import kelahiran Portugal, Francisco Geraldes sebentar tadi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh skuad Harimau Selatan menerusi satu video yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Menurut laman bola sepak terkemuka, Transfrmarket, nilai pasaran semasa Geraldes adalah sebanyak €2.5 juta (RM12.7 juta) sekali gus menjadikan pemain berusia 29 tahun itu antara yang termahal dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Bekas pemain skuad Portugal B-21 yang dilihat seiras pemain Manchester City, Bernardo Silva ini telah diberikan jersi No. 10 pada kempen musim baharu nanti.

Geraldes sebelum ini pernah mewakili beberapa kelab terkemua Liga Portugal seperti Sporting Lisbon dan Rio Ave dengan kali terakhir bergelar pemain import di Liga Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bersama pasukan Baniyas.

JDT sebelum ini kehilangan empat pemain import selepas Diogo Luis Santo mengesahkan persaraan selain melepaskan khidmat Leandro Velazquez dan Fernando Forestieri manakala kontrak Heberty selaku pemain pinjaman juga tidak disambung.

Geraldes menjadi import kedua yang ditandatangani skuad Harimau Selatan pada tahun ini selepas mengesahkan kehadiran pemain antarabangsa Syria, Jalil Elias minggu lalu.

Skuad Harimau Selatan telah mencipta sejarah menjulang kejayaan double quadruple selepas mendominasi semua trofi Liga M pada musim 2022 dan 2023 yang lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI