fbpx

DBKL tarik kereta tersadai, roboh kanopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DBKL dengan kerjasama agensi Sahabat roboh kanopi tertutup yang dibina tanpa kelulusan di sekitar ibu kota.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 22 notis saman dan menyita lima buah kenderaan buruk yang tersadai di tepi jalan dalam Op Bersih di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Operasi di Taman Tasik Titiwangsa, Jalan Istana, Bandar Baru Sentul dan Jalan Peel itu turut merobohkan struktur binaan kanopi tertutup dan binaan kekal tandas yang dibina tanpa kelulusan.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, operasi disertai 124 pegawai dan pasukan agensi Sahabat diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaannya, Noor Azman Mahlin.

Katanya, dengan kerjasama DBKL dan pasukan daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Air Selangor, operasi bermula di Jalan Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa dengan merobohkan struktur sementara.

“Kita juga memeriksa 78 kenderaan berat dan perdagangan yang melakukan kesalahan berkaitan kekotoran, permit angkut bahan binaan, permit laluan dan kesalahan lain di Jalan Istana dan Jalan Sungai Besi,” katanya.

Menurut DBKL, sebanyak 22 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dibawah Akta Jalan Parti dan Bangunan 1974 dan Pengangkutan Bahan WPKL 1997, polis (17) dan SWCorp (16 notis),” ujarnya.

Jelasnya lagi, DBKL turut memindahkan lima buah kenderaan yang ditinggalkan di tempat dan parkir awam sekitar Blok 73 Bandar Baru Sentul dan di PPR Laksamana Jalan Peel setelah tamat tempoh notis penguatkuasaan.

“Kenderaan yang disita, dipindahkan ke Depoh Kenderaan Tersadai Taman Connought Cheras bagi penyimpanan sementara, rekod dokumentasi dan proses pelupusan jika tidak dituntut pemilik,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI