fbpx

Pensyarah, pengurus syarikat direman guna butiran palsu RM2 juta beli lembu pedaging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini untuk perintah reman.

KOTA BHARU – Seorang pengarah syarikat yang juga pensyarah universiti awam dan pengurus sebuah syarikat ditahan reman lima hari selepas disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan kredit berjumlah kira-kira RM2 juta untuk pembelian lembu pedaging.

Perintah reman bermula hari ini terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Hafizul Awang selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Kota Bharu, pagi tadi.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada pukul 2.30 petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Kelantan di sini.

“Kedua-dua suspek yang memegang jawatan di sebuah syarikat yang sama itu disyaki telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu kepada sebuah anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

“Dokumen mengandungi butiran matan palsu itu bertujuan untuk mendapatkan kemudahan kredit berjumlah kira-kira RM2 juta bagi pembelian lembu pedaging,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kedua-dua suspek bersama seorang lagi individu yang kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI