fbpx

Sasar 1.22 juta unit pengeluaran kenderaan menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (empat dari kiri) ketika mengadakan libat urus bersama pengurusan tertinggi P2SA malam tadi.

PETALING JAYA – Kerajaan komited untuk memajukan industri automotif Malaysia dengan mencapai Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) sebanyak 1.22 juta unit menjelang tahun 2030.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, turut disasarkan eksport bernilai RM28.3 bilion bagi bahagian dan komponen automotif serta mencipta 323,000 peluang pekerjaan bagi tempoh sama.

“Di bawah Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2020) juga, kerajaan menyasarkan untuk membentuk 360 pembekal yang berdaya saing di peringkat global,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul memaklumkan, industri automotif memegang peranan penting dalam pembangunan negara.

Ujar beliau, ekosistem industri itu menyumbang empat peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menjadikan Malaysia pasaran automotif ketiga terbesar di ASEAN.

“Jumlah pengeluaran dan jualan kenderaan melebihi matlamat ditetapkan pada tahun 2023,” katanya.

Untuk rekod, bagi tempoh 10 bulan pertama 2023, jualan kenderaan Malaysia mencatatkan pertumbuhan kukuh meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada hampir 647,000 unit.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul memaklumkan beliau mengadakan libat urus bersama pengurusan tertinggi Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) malam tadi.

Kata beliau, pertemuan itu bagi berkongsi harapan kerajaan terhadap industri automotif dan mendengar isu-isu di peringkat pembekal.

“Semoga sesi libat urus ini dapat meningkatkan kualiti dan prestasi terbaik dalam industri serta memperkukuhkan hubungan kerjasama antara P2SA dan Perodua untuk terus memajukan industri automotif tempatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI