fbpx

Parlimen Korea Selatan lulus RUU haramkan makan daging anjing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTIVIS memegang sepanduk semasa perhimpunan yang menyambut baik larangan perdagangan anjing di Seoul hari ini. – AFP

SEOUL –  Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) melarang pembiakan, penyembelihan dan penjualan anjing bagi tujuan untuk mendapatkan daging haiwan berkenaan.

Perbuatan makan daging anjing merupakan  amalan tradisional yang sudah lama dikritik oleh aktivis-aktivis  sebagai memalukan negara.

Parlimen Korea Selatan sebulat suara meluluskan RUU tersebut . Ia akan berkuat kuasa selepas tempoh penangguhan selama tiga tahun dan selepas menerima kelulusan akhir daripada Presiden Yoon Suk-yeol.

Apabila berkuat kuasa kelak, mereka yang membiak, menjual dan menyembelih anjing untuk dagingnya boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda 30 juta won (RM106,950).

Daging anjing sudah lama menjadi sebahagian daripada masakan Korea Selatan, dan pada satu ketika,  sehingga sejuta ekor  anjing dipercayai dibunuh untuk mendapatkan dagingnya pada  setiap tahun.

Bagaimanapun, permintaan daging anjing menurun secara mendadak baru-baru ini selepas majoriti rakyat Korea Selatan menganggap anjing sebagai haiwan peliharaan.

Makan daging anjing kini dianggap pantang larang dalam kalangan golongan muda Korea Selatan.

Sokongan rasmi untuk larangan itu  berkembang di bawah pimpinan Suk-yeol. Beliau merupakan  seorang pencinta haiwan dan telah mengambil beberapa ekor anjing dan kucing jalanan untuk dipelihara.

Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon-hee juga seorang aktivis yang lantang mengkritik  pengambilan daging anjing. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI