fbpx

Menteri Pembangunan Wanita India kagum pengurusan haji Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im (kanan) menerima kunjungan hormat Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Menteri Hal Ehwal Masyarakat Minoriti India di Arab Saudi semalam.

PETALING JAYA – Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Menteri Hal Ehwal Masyarakat Minoriti India, Smriti Zubin Irani kagum dengan pencapaian Malaysia sebagai salah satu agensi pengurusan haji terbaik di dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara itu dinyatakan kepada beliau ketika menerima kunjungan hormat Smriti dan delegasi India di Arab Saudi semalam.

“Dalam pertemuan tersebut, delegasi India berkongsi berkenaan pengurusan haji di sana dan penambahbaikan yang berkaitan terutama kepada jemaah haji wanita.

“Mereka menyatakan rasa kagum dengan pencapaian Malaysia sebagai salah satu agensi pengurusan haji terbaik di dunia,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mohd. Na’im berkata, dalam pertemuan tersebut, beliau turut berkongsi pengalaman Tabung Haji dalam pentadbiran urusan haji dan jemaah haji.

“Secara peribadi, saya menjemput Smriti dan delegasi India untuk datang ke Malaysia bagi melihat sendiri pengurusan haji,” katanya.

Mohd. Na’im kini berada di Jeddah bagi memenuhi undangan kerajaan Arab Saudi yang menganjurkan Persidangan dan Pameran Haji dan Umrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI