fbpx

Harga bawang meningkat sebab India sedang pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika menjawab soalan berkaitan bawang pada sidang akhbar di Klang. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengakui berlaku kenaikan harga bawang India susulan sekatan dikenakan negara India ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tindakan kerajaan India itu susulan mereka menyekat import bawangnya sehingga 31 Mac ini disebabkan sedang berdepan pilihan raya.

Justeru, kata beliau, India mahu memastikan supaya bekalan domestik itu mencukupi.

“Itu dasar kerajaan luar yang berada di luar kawalan kita. Saya sahkan sendiri (kenaikan harga bawang India) berdasarkan laporan pemantauan dan di peringkat KPDN kita bertanggungjawab dalam penguatkuasaan dan pemantauan.

“Kenaikan itu bukan berlaku masa ini sahaja (malah sebelum ini) susulan bergantung kepada pasaran terbuka dengan sistem sedia ada kita bergantung kepada barang luar, jadi polisi negara tertentu tidak kita kawal,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas susulan kenaikan harga bawang India yang dikatakan lebih 30 peratus sejak bulan lalu seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Justeru, Armizan menjelaskan, KPDN telah memaklumkan isu tersebut kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam mencari alternatif bagi meningkatkan bekalan bawang di negara ini.

“Ini supaya penawaran bekalan itu ada di pasaran kita seterusnya dapat menstabilkan harga bawang,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI