fbpx

4 anggota polis lakukan peras ugut ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan menerima laporan kes pemerasan melibatkan empat anggota polis di hadapan Kompleks Pangsapuri, Kepong, di sini pada 4 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, susulan kejadian itu pihaknya menahan empat anggota berusia 28 hingga 41 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

“Siasatn dijalankan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Kuala Lumpur turut menjalankan siasatan berhubung keengganan anggota menerima laporan polis daripada orang awam.

Beliau memandang serius perbuatan itu, malah akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berbuat demikian.

“Kes ini masih dalam siasatan, kita akan tidak melindungi individu termasuk pegawai yang melakukan kesalahan undang-undang.

“Orang awam juga diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau boleh menimbulkan kegusaran awam,” jelasnya.

Media melaporkan seorang lelaki tempatan mendakwa empat anggota polis meminta wang RM10,000 di parkir kompleks Pangsapuri Kepong pada 23 Disember lalu.

Difahamkan, mangsa yang bekerja dalam industri automotif dituduh sebagai ceti kerana memiliki rekod butiran MyKad pelanggan serta terlibat dalam judi haram.

Mangsa mendakwa dia diugut dengan pendakwaan kes di mahkamah dan penjara, malah menuntut RM10,000 untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Mangsa melakukan pemindahan wang RM1,000 dan menyerahkan wang RM9,000 kepada angota polis berkenaan.

Anggota terlibat bertindak mengembalikan wangnya setelah mengetahui Ahli Parlimen Kepong menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul bagi pengesahan identiti.

Mangsa memberitahu, polis enggan menerima laporannya berikutan wang sudah dikembalikan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI