fbpx

Tinggal di flat, tapi cita rasa macam duduk kondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian tular tersebut di Facebook.

PETALING JAYA – Tindakan berani segelintir penghuni unit di flat kos rendah yang memasang pagar di sekeliling kawasan rumah menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk sekitar.

Menerusi perkongisan oleh kumpulan Facebook Warga Wilayah memaparkan keadaan rumah flat yang telah dipasang pagar sehingga mendapat kecaman hebat orang ramai.

Malah, ada yang turut menyindir dan menggambarkan penduduk di kawasan berkenaan sebagai ‘B40 tapi cita rasa T20’.

“Duduk di flat tapi cita rasa kondo,” tulis coretan di dinding rumah tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan ketidakpuasan hati dan berang dengan sikap segelintir penduduk kawasan flat kos rendah.

“Citarasa T20 tapi menetap di rumah B40,” komen Mohd Adam Arshad.

“Pihak berkuasa patut buat pemeriksaan berkala dan buka binaan sebegini kerana menyusahkan masyarakat,” tulis Mustafa Kamal Ramli.

Seorang pengguna media sosial bernama Deinneise Nordin berkata kebanyakan penghuni kawasan flat kos rendah bersikap tidak bertimbang rasa.

“Mentaliti yang duduk flat ini kebanyakkan jenis penting diri sendiri, semuanya nak buat hak sendiri. Tempat parkir kereta pun kalau boleh dia nak kawal semuanya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI