fbpx

Kementerian, jabatan, agensi diarah kemuka laporan bulanan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar

PUTRAJAYA – Semua kementerian, jabatan serta agensi diarah mengemuka laporan bulanan berhubung perkembangan serta sumbangan penjawat awam bagi membolehkan pelaksanaan projek kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan itu harus diserahkan melalui Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) sebelum ia dimaklumkan kepadanya bagi tindakan susulan.

“Selalunya, apabila ketua jabatan, KSU jumpa dalam perbincangan dengan saya, dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet, semua mencadangkan minta peruntukan, tambah projek…ya ia memang dibolehkan.

“Tetapi ada kaedah baharu nak kita perkenalkan mesti ada laporan bulanan, apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara dalam usaha melaksanakan projek itu,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI