fbpx

Pegawai agensi penguat kuasa disyaki transporter dadah terbesar Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pegawai agensi penguatkuasa dipercayai berperanan sebagai transporter bagi sindiket dadah terbesar di Sabah, 29 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan lelaki berusia 43 tahun itu menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan berkaitan kes tersebut kini 11 orang.

“Satu tangkapan dibuat terhadap seorang pegawai agensi penguatkuasa disyaki bertindak sebagai transporter. Suspek bertugas di Lembah Klang namun sebelum ini bertugas di Sabah.

“Proses siasatan masih berjalan, setakat ini kita dalam proses soal siasat. Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya selepas sidang akhbar mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Pelaksana Usahasama PDRM dan Universiti Kebangsaan Malaysia, di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ayob memaklumkan jumlah aset yang dirampas kini mencecah RM 7.1 juta membabitkan 22 akaun bank bernilai RM420,000 selain 18 kenderaan mewah bernilai RM6.6 juta.

“Selain itu, turut dirampas wang tunai RM35,000 dan barang kemas sertas jam tangan berjenama anggaran RM100,000,” katanya.

Beliau menegaskan, siasatan masih diteruskan untuk mengesan aset serta baki sindiket yang masih bebas.

“Kita masih lagi menjalankan siasatan. Ada maklumat mengatakan suspek bawa (makmal dadah) menggunakan kotena,” jelasnya.

Kata Ayob, pihaknya memberi jaminan bahawa kesemua aset-aset anggota sindiket akan diambil tindakan kerjasama antara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

“Kita juga sedang ambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, kita pastikan sindiket ditumpaskan sehingga tiada saki baki,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki tempatan bergelar Datuk ditahan selepas disyaki ‘jerung dadah’ terbesar yang berpangkalan di Sabah ditahan bersama sembilan konco-konconya.

Suspek yang juga penaung kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) didapati mempunyai kekayaan luar biasa hasil aktif dalam kegiatan pengedaran dadah jenis syabu sejak tahun 2015.

Jelas beliau, siasatan dijalankan di bawah peruntukan Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan AMLATFPUAA 2001.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI