fbpx

Gajah liar timbulkan kebimbangan penduduk dipindahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAJAH denak, Abot dan Rambai digunakan dalam proses pemindahan gajah liar yang ditangkap di RPS Legap di Lintang, Sungai Siput hari ini.

SUNGAI SIPUT – Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk dan merosakkan tanaman di Rancangan Penempatan Semula (RPS) Legap di sini, akhirnya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.

Gajah jantan berusia antara 11 hingga 12 tahun dengan anggaran berat 1.8 tan itu ditangkap dalam operasi pada Khamis lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, mamalia yang diberi nama ‘Aga Legap’ itu ditangkap susulan aduan yang diterima sejak Disember lalu berkaitan gangguan oleh gajah liar tersebut yang dipercayai daripada kumpulan gajah (ID) Piah dari hutan simpan berhampiran.

“Berdasarkan aduan, gajah liar ini mengganggu kebun dan menyebabkan penduduk berasa takut terutama pada sebelah malam.

“Tangkapan terhadap gajah ini mengambil sedikit masa sebab kita menunggu waktu yang sesuai kerana bulan lepas kita menerima banyak aduan berkaitan harimau belang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam operasi bermula pukul 8 pagi itu, dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai digunakan bagi tujuan memujuk gajah liar tersebut untuk proses pemindahan.

Katanya, Aga Legap kemudiannya akan dilepaskan ke habitat asalnya di Hutan Simpan Belum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI