fbpx

[VIDEO] Abang lori dikejar gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gajah mengejar lori dari arah hadapan di Lebuhraya Gerik - Jeli

PETALING JAYA – Seorang lelaki terkejut apabila seekor gajah liar tiba-tiba mengejar kenderaan yang dipandunya dalam kejadian di Lebuh Raya Timur Barat, Gerik-Jeli semalam.

Menerusi perkongsian video tular di laman TikTok @eykal, gajah liar bersaiz dewasa itu mula mengejar lori yang dipandunya yang kebetulan menghala tepat ke arah gajah tersebut.

Bagaimanapun,sejurus melihat gajah yang menghala tepat ke arahnya, dia segera mengundur lorinya untuk mengelak dirempuh mamalia tersebut.

“Selepas lebih kurang 100 meter, haiwan tersebut mula memperlahankan langkahnya meninggalkan kenderaan tersebut sebelum kembali semula ke bahu jalan.

“Kelihatan sebuah Toyota Hilux juga sempat memotong di bahagian hadapan kenderaannya semasa dia sedang dikejar gajah tersebut,” ujar lelaki tersebut.

Kemunculan gajah liar di lebuhraya ini sememangnya sudah tidak asing lagi kerana habitat asal mereka sememangnya di situ.

Tinjaun Kosmo! di ruangan komen, ada yang berpendapat gajah tersebut hanya ingin ‘menyapa’ sahaja dan bukan membuat onar.

“Kalau bukan kerana bahaya, sis boleh katakan ini adalah antara best moment (momen terbaik)..bayangkan gajah tu lari mari dekat kita,” komen N/r_11.

“Telinga dia goyang-goyang boleh wat kira (runding) lagi, kalau telinga dia keras, jangan buat main-main,” ujar Wan. – KOSMO! ONLINE

@kopi_ais48 tkpa dh kalau laguni#fypシ #bukitgrik #gajah ♬ Usir Ketakutan – Fai kencrut

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI