fbpx

Tiada apa yang dibimbangkan – MB Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli memberitahu tiada apa yang perlu dibimbangkan dan akan terus memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Seperti yang saya tegaskan, saya akan terus memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM dalam membuat siasatan.

“Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Insya-Allah. Terima kasih atas komen yang baik-baik, mendoakan urusan saya dipermudahkan. Semoga doa-doa yang baik ini juga berbalik kepada anda,” katanya menerusi akaun Facebook rasminya sebentar tadi.

Beliau dalam hantaran turut memaklumkan telah selesai memberi keterangan kepada SPRM dan meminta pihak tertentu supaya tidak menjadi penyebar kepada berita palsu.

“Alhamdulillah, selesai memberi keterangan. Penting untuk mencari dan dapatkan berita yang sahih. Jangan jadi penyebar kepada berita palsu,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Menteri Besar Perlis itu tidak direman dan telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Mohd Shukri hadir memberi keterangan selama tiga jam bermula pukul 10 pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya.

Ia didakwa melibatkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM300,000.

Menurut sumber, pemimpin berkenaan juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan membabitkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang mana syarikat-syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI