fbpx

Pusat keagamaan mencurigakan: 11 individu diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan telahpun memanggil seramai 11 individu untuk diambil keterangan dan membantu siasatan susulan satu kegiatan keagamaan berkenaan kerohanian yang mencurigakan dikesan di Nilai di sini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, siasatan yang dijalankan juga akan melihat kepada semua sudut termasuk jika terdapat unsur-unsur ajaran salah.

“Siasatan masih diteruskan, bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, beliau dalam kenyataan berkata, polis sedang menjalankan siasatan terperinci susulan aduan bahawa terdapatnya aktiviti mencurigakan di sebuah pusat keagamaan dan kerohanian di Nilai di sini.

Jelas Ahmad Dzaffir, pihaknya mengesahkan aduan berkaitan perkara itu diterima oleh pihak polis kontinjen Negeri Sembilan pada hari Jumaat lalu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ugutan jenayah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa supaya siasatan penuh dan terperinci perlu segera perlu dilakukan pihak berkuasa susulan aduan berkenaan.

“Saya belum lagi mendapat laporan penuh namun begitu berharap perkara ini dapat disiasat sepenuhnya,” katanya ringkas.- KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI