fbpx

Makin kejar Mat Kilau, Sheriff kini kutip RM35.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sheriff kekal filem nombor satu di pawagam Malaysia untuk 11 hari berturut-turut.

KUALA LUMPUR – Terus melangkah bergaya, filem Sheriff kekal berada di carta nombor satu filem terlaris tahun ini selepas meraih kutipan sebanyak RM35.3 juta bagi tempoh 11 hari tayangan.

Pengarahnya, Syafiq Yusof mengakui terharu menerima sokongan khalayak sehingga mampu mengenepikan naskhah antarabangsa.

“Walaupun sudah memasuki hari ke-11, saya dapat lihat sambutan penonton yang sebahagian besarnya menonton lebih daripada sekali, selain datang ke panggung secara berkumpulan.

“Apabila dapat menghimpunkan kaki wayang terutama penggemar filem aksi, kami cukup berbesar hati tambahan pula mampu memenuhi selera ramai,” katanya.

Sekali gus, catatan kutipan tersebut turut melakar sejarah buat syarikat produksi Skop Productions serta Astro Shaw yang dijangka terus mencanak menjelang cuti umum Hari Pekerja esok.

Terdahulu, Penerbit Eksekutif filem ini merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menzahirkan keyakinan terhadap kemampuan Sheriff melakar sejarah tersendiri.

“Tidak mustahil filem arahan Syafiq itu mampu mencipta rekod baharu dalam industri perfileman tempatan.

“Kami mengharapkan penonton yang belum menonton Sheriff tidak ketinggalan ke pawagam untuk menikmati sebuah naskhah yang menjanjikan pengalaman berbeza,” katanya.

Rata-rata penonton memberikan markah penuh selepas mengikuti aksi Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan dalam karya itu.

Terdahulu, filem genre aksi thriller itu dikatakan berada di landasan terbaik untuk memintas kutipan pecah panggung Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abang Syafiq, Syamsul Yusof.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan adalah filem paling laris dalam sejarah perfileman negara dengan kutipan tertinggi mencecah RM97 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI