fbpx

Menangis! Kak KM puji PDRM, rancang pindah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kak KM nekad selepas ini dia tidak akan mudah mempercayai orang lain dan lebih meningkatkan kawalan keselamatan di kediamannya.

PETALING JAYA – “Betul orang cakap, kalau rezeki kita halal, memang akan dapat balik. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.”

Demikian rasa syukur yang dipanjatkan usahawan terkenal, Liana Rosli selepas sebahagian barang kemas dan peti besi miliknya yang dianggarkan bernilai RM2.1 juta, berjaya ditemukan di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor, semalam.

Liana atau mesra disapa Kak KM, 43, ketika dihubungi berkata, dia hanya mampu menangis ketika dimaklumkan anggota polis yang datang ke rumah, bahawa barangan berharga miliknya telah pun ditemui.

“Saya ada di rumah ketika anggota polis datang. Selepas diberitahu telah jumpa semula barang-barang kepunyaan saya, beserta bukti gambar, saya terus melalak (menangis). Tak tahu nak cakap apa.

“Tak sangka, Allah SWT kembalikan semula hak saya. Ibaratnya, Tuhan pinjam sekejap dan pulangkan semula,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, anak kepada dramatis terkenal, Normah Damanhuri itu turut memuji kecekapan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjalankan siasatan, kerana berjaya memberkas suspek kurang daripada 24 jam selepas barang berharganya ditemui.

“Tahniah dan syabas juga untuk anggota PDRM kerana dalam masa 24 jam, berjaya memberkas kesemua suspek yang disyaki terlibat. Betul orang cakap, anggota keselamatan kita memang terbaik,” jelasnya.

Selepas apa yang berlaku, ibu kepada empat orang cahaya mata itu turut bercadang untuk berpindah ke rumah lain kerana merasakan tidak selamat untuk terus tinggal di kediamannya sekarang.

“Saya rasa nak pindah duduk banglo lainlah. Buat apa duduk sini lagi? Rasa tidak selamat. Rumah sekarang saya tidak jual pun, cuma berpindah ke rumah lain dan di kawasan lain,” jelasnya.

Menjadikan kejadian pecah rumah sebagai pengajaran, Kak KM berkata, selepas ini dia tidak akan mudah mempercayai orang lain dan lebih meningkatkan kawalan keselamatan di kediamannya.

“Saya jadikan kejadian ini sebagai pengajaran supaya jangan percaya kepada sesiapa. Sebenarnya orang yang pecah masuk rumah saya ini, adalah pengikut saya sendiri yang tahu perkembangan saya melalui media sosial.

“Dia pernah minta alamat, konon-konon nak datang ke rumah untuk ambil produk. Pengajaran kedua, kena lebih tingkatkan keselamatan di rumah. Walaupun ada televisyen litar tertutup (CCTV), tapi penjenayah tetap boleh lakukan kegiatan jenayah mereka.

“Jadi kena lebih berhati-hati,” ujarnya yang akan mengadakan majlis doa selamat bersama anak-anak tahfiz, malam ini.

Pada 4 Mac lalu, polis menerima laporan daripada seorang wanita berhubung satu kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul membabitkan kerugian berjumlah RM3.5 juta.

Empat suspek warga tempatan kemudiannya ditahan Bahagian D4, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 5 Mac lalu, sehingga membawa kepada penemuan sebahagian barangan mangsa di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor.

Kesemua suspek yang berusia 22 hingga 36 tahun diserahkan kepada bahagian sama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju. Kesemua suspek direman sembilan hari sejak 16 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI