fbpx
C.C.Ngei (tengah) pada majlis pemeteraian kerjasama strategik dengan empat wakil syarikat pemaju hartanah di Petaling Jaya baru-baru ini.

Feruni jalin usaha sama strategik dengan empat pemaju kediaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Feruni Ceramiche Sdn. Bhd. (Feruni) optimis terhadap pendekatan terbaharunya yang menjalin kerjasama strategik dengan beberapa pemaju hartanah dapat melengkapkan tawaran perkhidmatan terbaik kepada pelanggan malah mengukuhkan rangkaian di antara satu sama lain dalam industri berkenaan.

Pengarah Urusan Feruni, Datuk C.C. Ngei berkata, usaha sama syarikat bersama empat pemaju yang terdiri daripada Bangsar Hill Park, Bon Estates, Majestic Gen Sdn. Bhd. (Majestic Gen) dan Webest sebagai langkah permulaan untuk membolehkan entiti berkenaan mengakses rangkaian pelanggan sekali gus memberi situasi menang menang antara mereka.

“Ini adalah inisiatif untuk memperoleh manfaat dalam tempoh jangka panjang dan kami berharap dapat meluaskan lagi rangkaian kerjasama ini dengan beberapa pemaju lain pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pemete­raian perjanjian kerjasama antara Feruni dengan empat pemaju kediaman tersebut di sini baru-baru ini.

Program kerjasama strategik ini telah dimulakan pada tahun 2018 yang memberi kelebihan untuk memberi pengalaman bernilai kepada pelanggan yang mana ia menawarkan pakej eksklusif seperti diskaun, rebat dan baucar kepada individu yang membeli kediaman daripada panel kumpulan pemaju di bawah inisiatif tersebut.

Tambah Ngei, tawaran promosi menarik ini adalah tanda terima kasih syarikat kepada pelanggan yang memilih jenama Feruni, jenama terkemuka dalam industri jubin dengan pengelua­ran pelbagai rekaan berinovatif bersesuaian dengan perubahan gaya hidup masyarakat.

Bagi perancangan tahun ini, kerjasama tersebut telah diteruskan dengan empat pemaju ber­kenaan dan ia turut menawarkan pakej tawaran yang menarik kepada pembeli yang membeli kediaman melalui Feruni untuk memperoleh manfaat seperti rebat tambahan masing-masing bernilai RM5,000 untuk Bangsar Hill Park untuk projek kediamannya, Verdura dan pemaju Majestic Gen untuk projek Majestic Residence.

Selain itu, Bon Estate melalui projek hartanahnya Bon Kiara menawarkan baucar tiket penerbangan Malaysia Airlines bernilai RM5,000 dan juga diskaun sebanyak dua peratus bagi jumlah pembelian harga kediaman yang ditawarkan oleh Webest bagi projek kediamannya 29 Reserve. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN