fbpx

59 PATI dituduh masuk, menetap secara haram di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada PATI yang didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

TELUK INTAN – Seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah serta tamat tempoh pas lawatan.

Kesemua 58 tertuduh yang merupakan warga Indonesia dan seorang warga Nepal itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Pada 28 Disember lalu, seramai 33 daripada mereka memasuki negara ini tanpa pas yang sah pada pukul 10.30 pagi di kebun sawit tepi Jalan Pasir Kampung Sungai Tiang Baroh, Hilir Perak. Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya serta sebatan.

Seramai 16 lagi tertuduh didakwa tinggal di negara ini setelah tamat tempoh sah lawatan di kebun sawit Lorong 1, Jalan Ban Persisiran Laut Bagan Sungai Tiang, Selekoh, Hilir Perak.

Hakim menetapkan 19 Januari ini untuk sebutan semula kes dan menjatuhkan hukuman.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Izzudin Fakri Hamdan, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI