fbpx

Remaja diculik bekas teman lelaki di hadapan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOMBAK – Seorang pelajar tingkatan lima diculik bekas teman lelaki bersama dua lagi individu di hadapan sebuah sekolah, di sini pada Jumaat lalu, sebelum dikurung di sebuah inap desa.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohammad Nasir berkata, pihaknya menerima aduan daripada ibu mangsa, 42, yang mendapat makluman oleh guru sekolah berkenaan pada pukul 10.36 pagi hari sama.

Menurut gurunya, mangsa ditarik secara paksa oleh dua individu termasuk seorang wanita tidak dikenali di hadapan sekolah terbabit.

“Bertindak di atas kejadian ini, kita menahan dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 19 hingga 20 tahun. Kita juga merampas sebuah kereta Toyota putih dan motosikal Yamaha Y15ZR.

“Hasil siasatan, mangsa mengenali salah seorang suspek yang merupakan bekas teman lelakinya. Suspek tidak berpuas hati kerana mangsa memutuskan hubungan.

“Sepanjang mangsa dilarikan dan dikurung di sebuah homestay, mangsa tidak dicederakan suspek dan dibebaskan kembali pada pukul 12 tengah hari (hari sama),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, suspek ditahan reman selama empat hari bermula semalam hingga Selasa ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Yap Ching Chua di talian 019-9969649 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222,”jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI