fbpx

Banjir: 456 mangsa ditempatkan di 10 PPS di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan sedikit peningkatan dengan seramai 456 mangsa ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) apabila hujan lebat berterusan sejak awal pagi, hari ini.

Jumlah itu meningkat berbanding seramai 338 mangsa yang ditempatkan di tujuh PPS yang dibuka, pada pukul 10 malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, kesemua mangsa banjir itu terdiri daripada 125 buah keluarga di empat daerah berlainan, manakala daerah yang terjejas ketika ini adalah Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat,

“Kota Tinggi antara daerah paling terjejas ketika ini dengan seramai 229 mangsa dipindahkan ke tujuh buah PPS, diikuti Mersing dengan seramai 123 mangsa di sebuah PPS.

“Kluang menyaksikan seramai 84 mangsa ditempatkan di sebuah PPS dan Segamat pula merekodkan seramai 20 mangsa di sebuah PPS, setakat pukul 12 ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi yang juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri, turut memberitahu, kejadian banjir di negeri ini tidak merekodkan sebarang kecederaan atau kematian mangsa.

“Tiga sungai di negeri ini telah mencapai paras air berbahaya iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang; Sungai Kepala Orang di Kampung Jaya, Kota Tinggi dan Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru,” ujarnya.

Azmi turut memberitahu, ketika ini dua laluan ditutup sepenuhnya untuk kenderaan iaitu Jalan Kota Tinggi – Kluang dan Jalan Kota Tinggi – Kulai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI