fbpx

Sultan Johor tidak terima permohonan menghadap sehingga angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda tidak akan menerima apa-apa permohonan mengadap bermula hari ini sehingga 31 Januari depan.

Titah baginda, pemakluman sedemikian melainkan majlis yang telah ditetapkan serta sesi mingguan bersama Menteri Besar Johor serta kepimpinan kerajaan negeri.

“Bermula sekarang sehingga saya mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong, saya tidak akan menerima apa-apa permohonan untuk mengadap.

“Dalam tempoh berkenaan, saya ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sebelum menjalankan amanah dan tanggungjawab yang cukup besar,” titah baginda dalam Royal Press Office (RPO).

Oktober tahun lalu, Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini.

Pemilihan baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-263 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara.

Baginda akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari ini.

Ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar merupakan Yang di-Pertuan Agong Ke-8 yang dipilih pada tahun 1984.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI