fbpx

Lelaki bunuh majikan direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT wanita yang maut dalam kejadian pergaduhan dengan pekerjanya di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu semalam, selesai bedah siasat di Jabatan Forensik HRPB dan dituntut keluarga hari ini.

IPOH – Suspek kes tikam majikan hingga mati dalam kejadian di Taman Rasi Jaya dekat Menglembu semalam, ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, permohonan reman ke atas suspek berusia 54 tahun itu dijalankan di Mahkamah Majistret Ipoh.

“Suspek akan ditahan reman sehingga Khamis depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata, bedah siasat telah pun dijalankan ke atas mayat mangsa berusia 49 tahun itu di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Hasil bedah mendapati punca kematian mangsa akibat pendarahan berlebihan disebabkan luka tikaman di bahagian dada,” ujarnya.

Semalam, seorang wanita dikenali Lee Siew Lean maut dipercayai ditikam pekerjanya dalam satu pergaduhan di hadapan kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu.

Difahamkan, berlaku perselisihan faham disebabkan masalah kewangan antara wanita itu dengan suspek sebelum lelaki terbabit bertindak menikam mangsa di bahagian dada.

Mangsa yang juga pengusaha kedai aksesori telefon bimbit itu maut di lokasi kejadian.

Dalam kejadian sekitar pukul 10.30 pagi itu, seorang lelaki dipercayai rakan perniagaan dan juga teman lelaki mangsa berusia 42 tahun turut cedera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI