fbpx

Keselamatan calon SPM terlibat banjir akan diselaras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ GHAZI (Kiri) beramah mesra dengan Nor Amira Abdullah ketika hadir dalam majlis Ramah Mesra Bersama Orang Muda Simpang Renggam di Hutan Bandar Simpang Renggam, Kluang malam tadi.

KLUANG – Aspek keselamatan melibatkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang menjadi mangsa banjir akan diselaraskan oleh pegawai daerah di lokasi terjejas.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata hal ini bagi memastikan mangsa banjir yang perlu menghadiri peperiksaan tidak ketinggalan atau tercicir untuk mendudukinya sekiranya bencana berkenaan berlaku secara berlarutan.

Katanya, kejadian banjir melibatkan pelajar yang menduduki ujian SPM ini bukan perkara baharu malah tahun-tahun sebelum ini sekolah digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

“Bagaimanapun, kebijaksanaan pegawai daerah untuk atur gerak harap dapat dilaksanakan dengan baik.

“Hal ini bagi memastikan semua perkara berjalan dengan baik dan lancar. Penyelarasan ini akan dibuat di peringkat daerah,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Ramah Mesra Bersama Orang Muda Simpang Renggam di Hutan Bandar Simpang Renggam malam tadi.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata segala persiapan bagi menghadapi situasi banjir telah mula dilaksanakan sejak November tahun lepas.

Ujian Bertutur peperiksaan SPM bagi Bahasa Melayu akan dilaksanakan bermula 8 hingga 11 Januari ini, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (17 – 23 Januari), Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Januari) serta peperiksaan bertulis (30 Januari hingga 7 Mac). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI