fbpx

Kanak-kanak, remaja dikerah kerja 12 jam lerai barang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kawasan sekitar kilang yang kotor dan dijadikan tempat tinggal tiga kanak-kanak dan remaja yang diselamatkan dalam serbuan di Sungai Buloh, semalam.

SUNGAI BULOH -Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyelamatkan tiga kanak-kanak dan remaja warga Myanmar yang dieksploitasi sebagai buruh paksa dalam serbuan sebuah kilang di Kampung Baru Sungai Buloh di sini, semalam.

Tiga budak bawah umur tersebut disyaki dieksploitasi selepas didapati bekerja 12 jam sehari untuk enam hari seminggu, ditempatkan do penginapan yang tidak kondusif (ruangan pejabat), tidak dibenarkan keluar dari premis kilang dan pergerakan dikawal oleh rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Serbuan pada pukul 2.30 petang itu dijalankan Bahagian D3 (Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran – Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (NSO Mapo).

Ketika serbuan, tiga budak terbabit dimana dua daripadanya berusia 13 tahun dan seorang lagi berusia 17 tahun sedang meleraikan barangan elektronik untuk dikitar semula bersama 11 lelaki lain yang kesemuanya adalah warga asing.

Ketua Penolong Pengarah D3 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ketiga-tiga remaja dan kanak-kanak lelaki terbabit dipercayai menerima gaji antara RM1,200 hingga RM1,300 sebulan.

“Serbuan mendapati premis itu adalah sebuah kilang kitar semula memproses barangan terpakai yang mempunyai lesen perniagaan, namun sudah tamat tempoh.

“Temubual awal dijalankan dengan menggunakan penterjemah rakan senegara mendapati mangsa tidak dibenarkan keluar, serta bekerja lebih masa lama 12 jam setiap hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua mangsa dan pendatang asing terbabit diarahkan bekerja bermula 9 pagi hingga 9 malam, enam hari seminggu selain pergerakan mereka turut dikawal di dalam premis.

Soffian berkata, antara yang ditahan termasuk seorang warga India berusia 27 tahun yang disyaki berperanan sebagai penyelia.

“Penyelia berkenaan ditahan mengikut Seksyen 14 Akta Atipsom dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Selain itu, 10 lelaki terdiri daripada dua warga Myanmar, Bangladesh (lima) dan India (tiga) ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Katanya, fokus operasi untuk mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang atau eksploitasi buruh paksa dengan berpandukan kepada National Guideline On Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI