fbpx

EPL: Hasrat Manchester United mungkin tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED berdepan kerugiaan yang agak besar menyebabkan mereka mungkin terjerat dalam FFP sekali gus tidak dibenarkan untuk berbelanja pada jendela perpindahan kali ini. - AFP

MANCHESTER – Hasrat Manchester United untuk berbelanja besar pada jendela perpindahan musim sejuk kali ini sedikit terencat apabila mereka perlu menunggu sehingga 14 Januari ini untuk mengetahui nasib mereka.

Berdasarkan sistem baharu yang digunakan penganjur Liga Perdana Inggeris, mereka perlu melakukan siasatan terperinci mengenai kemungkinan wujudnya pelanggaran Peraturan Kewangan Adil (FFP) melibatkan semua pasukan termasuk United.

Sumber United memberitahu, mereka mungkin tidak akan terlibat secara aktif pada jendela perpindahan kali ini selepas menghabiskan dana sebanyak lebih £400 juta (RM2.35 bilion) pada dua jendela perpindahan sebelum ini.

Pada Oktober lalu, laporan fiskal kewangan menunjukkan United mengalami kerugian sehingga £42 juta (RM246.94 juta) menjadikan jumlah terkumpul keseluruhan sepanjang 12 bulan lalu adalah sebanyak £115 juta (RM676.15 juta).

Berdasarkan FFP, setiap pasukan hanya dibenarkan mengalami kerugian pada had £105 juta (RM617.36 juta) untuk tempoh tiga tahun tidak termasuk pelaburan melibatkan aspek infrastruktur, pasukan wanita dan pembangunan pemain akademi.

Berdasarkan laporan dalaman, sekiranya mereka didapati tidak melanggar peraturan tersebut, United juga tidak berhasrat untuk membuat pelaburan besar bagi mendapatkan pemain baharu biarpun prestasi mereka dalam keadaan terumbang-ambing ketika ini.

Kehadiran Sir Jim Ratcliffe yang menjadi pemilik saham baharu United menyaksikan beberapa perancangan telah dibuat termasuk mendapatkan pemain baharu, namun belum dapat disahkan sejauh mana kebenarannya.

Antara pemain baharu yang dikaitkan ketika ini adalah melibatkan Michael Olise (Crystal Palace), Timo Werner (RB Leipzig) dan Jean Clair-Todibo (Nice). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI