fbpx
Segar (kanan) menunjukkan sebidang tanah persendirian yang dijadikan tempat sisa pembuangan sisa sampah haram di Kampung Kapal, Ulu Beranang, Lenggeng, Seremban.

‘Bau busuk ini buat saya segan ajak orang datang rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Penduduk di Kampung Kapal, Ulu Beranang, Lenggeng dekat sini, sudah tidak tahan dengan masalah bau busuk berpunca daripada ta­nah persendirian yang dijadikan tapak pembuangan sisa sampah haram.

Seorang penduduk S. K. Segar, 60, mendakwa, tiga bulan lalu, keadaan lebih buruk apabila ta­nah persendirian seluas 1.21 hektar itu dipenuhi lautan sampah hasil aktiviti pembuangan sisa sampah haram tersebut.

Katanya yang sudah tinggal di kampung itu sejak 42 tahun lalu, rumahnya terletak hanya 300 meter dari tapak pembuangan sampah tersebut.

“Setiap pagi, ada lori masuk ke laluan kampung untuk membuang timbunan sisa sampah haram ke tapak pembuangan itu. Dulu tapak pembuangan sampah itu adalah bekas lombong dan tuan tanah dipercayai telah me­nimbus timbunan sisa sampah sehingga tindakannya itu telah susahkan orang lain.

“Penduduk kampung terpaksa hidu bau busuk setiap hari selain banyak lalat. Masalah busuk yang terpaksa dihadapi bertambah buruk apabila hujan lebat,” jelasnya semalam.

Tambahnya, dengan masalah yang berlaku itu menyebabkan dia segan ada tetamu di rumah­nya kerana gangguan lalat dan bau busuk.

Katanya yang juga Ketua Pe­nerangan MIC Negeri Sembilan, pada bulan Oktober tahun lalu, sekeliling rumahnya dinaiki air setinggi dua meter air susulan hujan lebat yang seterusnya mengakibatkan banjir.

“Pemilik tanah persendiran itu berjanji dengan saya untuk memperbaiki bahagian pembetungan selepas kejadian banjir berlaku tetapi sehingga kini tiada apa-apa tindakan.

“Pembetungan sedia ada pula, tidak dapat tampung air yang banyak serta terhakis dan kemudiannya, air sisa sampah itu pun mengalir laluan di kampung,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN