fbpx

Perit hari-hari angkut air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN penduduk sedang mengangkat air dari tangki statik disediakan di Taman Koperat Putera, Besut semalam.

BESUT – Penduduk Bukit Keluang di sini terpaksa bangkit seawal pukul 4 pagi untuk me­ngangkut air selepas kawasan itu mengalami gangguan bekalan luar jangka akibat kebocoran paip di Sungai Besut sejak kelmarin.

Tuan Mohd. Khalid Tuan Azmi, 40, berkata, dia dan jiran-jiran terpaksa mengangkut air daripada tiga tangki statik yang disediakan Syarikat Air Terengganu (Satu) seawal pagi bagi keperluan harian keluarganya.

“Bekalan memang tidak cukup dan kami perlu bangun pukul 4 pagi untuk angkut air risau kehabisan,” katanya ketika ditemui di sini di Taman Ko­perat Putera di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan sebanyak 2,670 keluarga di Bukit Keluang mengalami gangguan bekalan air sehingga 21 hari ekoran kebocoran paip di dasar

Sungai Besut berhampiran Jambatan Kampung Lampu di sini.

Seorang lagi penduduk, Nur Anisah Mohd. Zamri, 25, pula berharap kerosakan paip air di dasar Sungai Besut berkenaan dapat dibaiki segera.

Dia berkata, tempoh pembaikan sehingga tiga minggu terlalu lama dan memeritkan penduduk.

“Biasanya gangguan bekalan air paling lama setakat dua hari tetapi ini dimaklumkan boleh sampai 21 hari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI