fbpx

Lelaki bakar mercun roket dalam mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa rakan Rhys menjerit selepas mukanya terkena percikan api. - Deadline News

LONDON – Seorang lelaki di Britain terkena percikan api selepas membakar mercun roket pada  mulutnya, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Klip video mengenainya memaparkan seorang lelaki  dikenali sebagai Rhys mencuba aksi berbahaya itu di bandar Sunderland, England semasa sambutan Ambang Tahun Baru 2024.

“Selamat Tahun Baru semua! Baru cuba tembak mercun roket dari mulut saya,” demikian kapsyen video tersebut. 

Rhys dirakam memasukkan tangkal mercun ke dalam mulutnya. Seorang rakan kemudian menyalakan sumbu mercun itu.

Percikan api kemudian mengenai wajah Rhys. Dia segera melempar mercun roket  itu ke tanah sebelum melarikan diri bersama rakan-rakan kerana terkejut.

Video Rhys berakhir sebelum penonton mengetahui sama ada mercun itu meletup di atas tanah atau tidak. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI