fbpx

Kempen #GengSubuhMacamJumaat Alif Satar sukses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIF Satar merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian orang ramai yang menyertai kempen #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.

PETALING JAYA – Inisiatif selebriti serba boleh Alif Satar melancarkan kempen #GengSubuhMacamJumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri kira-kira 3,000 jemaah.

Menurut Alif atau nama sebenarnya, Muhammad Alif Mohd. Satar, 34, dia terharu kempen solat subuh berjemaah yang disusuli dengan acara berjoging beramai-ramai pada hari pertama tahun baharu itu berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat dan berhasrat meneruskan aktiviti itu sehingga sebelum Ramadan tiba.

“Alhamdulillah, terima kasih semua yang datang dan memeriahkan kempen ini. Kita hendak sambung momentum seterusnya cabaran 40 hari #GengSubuhMacamJumaat sebelum tiba Ramadan yang hanya tinggal kira-kira 70 hari lagi dari sekarang.

“Kalau cabaran Ironman (pertandingan kecergasan) hanya saya seorang boleh buat, tetapi cabaran subuh ini semua orang boleh buat.

“Sekiranya ada mana-mana AJK masjid yang nak buat perkara sama, boleh hubungi AJK Masjid Saidina Umar. Kita teruskan tanda pagar ini,” katanya menerusi Instagram.

Dalam masa sama, pelantun lagu Jangan Nakal itu mempelawa orang ramai yang belum mula menyertai kempen #GengSubuhMacamJumaat untuk memeriahkan lagi masjid ketika waktu Subuh.

“Pada mereka yang belum mula, saya tidak tahu apa yang anda tunggu lagi. Jom sama-sama kita jayakan,” ujarnya.

Kempen #GengSubuhMacamJumaat dimulakan Alif sejak November tahun lalu itu mendapat perhatian masyarakat dan jumlah penyertaannya meningkat dari semasa ke semasa.

Lebih menarik, usai solat subuh jemaah akan menyertai acara joging meski ada antara mereka berkain pelekat dan berselipar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI