fbpx

28 PATI ditahan sewa ruang tamu, bilik kecil rumah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMIGRESEN Johor menahan seramai 28 PATI termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dalam serbuan yang dijalankan di Skudai, Johor Bahru, tengah malam tadi.

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun antara 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam operasi dijalankan di Skudai, di sini, lewat malam tadi.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, operasi tersebut dijalankan pada pukul 12.50 tengah malam.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan berusia antara 11 hingga 56 tahun melibatkan warganegara Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

“Ops Sapu yang dijalankan sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasa JIM Johor dibuat susulan maklumat awam menyatakan terdapat beberapa warganegara asing tinggal di kawasan tersebut tanpa permit atau pas yang sah.

“Siasatan awal mendapati PATI terbabit menyewa ruang tamu dan bilik kecil dengan kadar sewa antara RM450 hingga RM750 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Baharuddin, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal lebih masa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI