fbpx

Beras import banyak tapi tak laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembantu kedai menyusun bekalan beras import di sebuah kedai runcit di Batu Enam, Kuala Nerus semalam.

KUALA NERUS – Masalah kekurangan bekalan beras putih tempatan di Terengganu yang berlarutan lebih tiga bulan masih belum berakhir walaupun sudah memasuki tahun 2024.

Tinjauan di beberapa pasar raya dan kedai runcit di daerah ini dan Kuala Terengganu semalam mendapati hanya bekalan beras import yang banyak di pasaran.

Salah seorang peniaga, Wan Hayati Wan Dom, 42, mendakwa, kekurangan bekalan beras putih tempatan amat merungsingkannya kerana majoriti pelanggan hanya mahu membeli beras tempatan kerana jauh lebih murah ekoran faktor kuasa beli semakin terbatas.

“Mereka lebih sanggup pergi banyak kedai dan pasar raya semata-mata mencari beras putih tempatan berbanding mengeluarkan wang lebih membeli beras import,” dakwanya ketika ditemui di kedai runcitnya di Batu Enam di sini semalam.

Wan Hayati mendakwa, bekalan beras putih diterimanya amat terhad dan situasi itu berlarutan sejak September lalu.

Seorang pengguna mencari beras tempatan di celah-celah lambakan bekalan beras import di sebuah kedai runcit di Batu Enam, Kuala Nerus semalam.

Jelasnya, tiada alasan kukuh diberikan pemborong dan pembekal berhubung perkara itu.

“Masalah ini sedikit seba­nyak menjejaskan perniagaan kedai runcit. Harapan saya agar ia ­diselesaikan segera seperti dijanjikan,” ujarnya.

Seorang lagi peniaga, Mohd. Zaki Che Sulong, 56, turut me­ngakui kekurangan bekalan beras putih tempatan di Terengganu agak meruncing.

Dia yang membuka kedai runcit di Kampung Losong, Kuala Terengganu mendakwa, bekalan beras import walaupun banyak tetapi ia tidak laku.

“Harganya (beras import) mahal mencecah lebih RM40 bagi sekampit 10 kilogram (kg).

“Ramai pelanggan saya mengeluh. Mereka kini banyak membeli secara timbang sekilogram atau dua kilogram setiap pembelian untuk berjimat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI