fbpx

Murid 12 tahun antara dicekup dalam operasi lumba haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penunggang motosikal yang ditahan dalam operasi lumba haram sempena sambutan tahun baharu, awal pagi ini.

ALOR SETAR – Seorang murid berusia 12 tahun merupakan antara 478 individu yang ditahan polis dalam operasi lumba haram sempena sambutan tahun baharu, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, seramai 60 pegawai dan anggota terlibat dalam Ops Samseng Jalanan yang dijalankan di persimpangan lampu isyarat Kepala Batas kira-kira pukul 3.40 pagi tadi.

Katanya, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kota Setar terlebih dahulu melakukan tinjauan dan intipan sejak pukul 1 pagi.

“Tinjauan dijalankan mendapati terdapat pergerakan sekumpulan besar penunggang dan pembonceng motosikal memasuki bandar raya ini dan aktif melakukan aksi-aksi berbahaya selain menjadikan kawasan tertentu sebagai tempat perlumbaan.

“Susulan itu, pasukan operasi menyusun atur strategi di beberapa lokasi sekitar persimpangan Lampu Isyarat Kepala Batas dan melakukan kepungan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, sebahagian daripada mereka yang terkejut dengan kehadiran polis cuba meloloskan diri, namun tindakan itu sia-sia apabila kesemua laluan keluar dikepung dan ditutup sepenuhnya.

“Hasilnya, sebanyak 430 motosikal bersama 478 individu ditahan untuk pemeriksaan manakala 70 motosikal disita.

“Pihak kami kemudiannya mengeluarkan sebanyak 340 saman atas pelbagai kesalahan dilakukan antaranya tiada lesen memandu serta pengubahsuaian kenderaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI