fbpx

Luahan pembaca: Azam mahu kurus biasanya ‘ke laut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam untuk turunkan bedan badan menjadi harapan ramai orang. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Tahun baharu menjelma lagi dan semestinya semua orang mempunyai azam yang ingin dilaksanakan sepanjang 2024.

Semestinya azam paling popular yang sering didengari ialah untuk menguruskan badan yang gedempol.

Mendapatkan berat badan yang ideal menjadi idaman semua orang terutamanya mereka yang telah berkahwin.

Kadang kala kita mahu kelihatan bergaya dengan penampilan bukannya untuk menarik perhatian orang tetapi hanya ingin berasa yakin dengan diri sendiri.

Untuk berasa gembira, kita perlu bersikap realistik ketika memasang azam tahun baharu supaya ia dapat dicapai.

Mencapai kejayaan kita tidak perlu menunggu tahun baharu. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa asalkan ada keinginan untuk berubah.

Walaupun ada mengatakan azam itu seperti sampan yang selalunya ke laut, ia sepatutnya tidak menjadi penghalang kita untuk memajukan diri.

Kawal makan,
Bangi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI