fbpx

K2

ALGORITMA 2023: 5 kes mahkamah tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED Saddiq, Muhyiddin dan Sanusi.

1- Muhyiddin bekas PM kedua didakwa

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Mac lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan ubah wang haram RM195 juta tiga tahun lalu.
Muhyiddin menjadi bekas Perdana Menteri kedua dituduh selepas Datuk Seri Najib Tun Razak di mahkamah.

2- Syed Saddiq kena hukum sebat

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama disebat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta pada 9 November lalu. Syed Saddiq didapati bersalah atas empat pertuduhan iaitu bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram. Pun begitu, penangguhan hukuman itu dibenarkan sementara rayuan dibuat.

YASIN

3- Yasin Sulaiman diarah ke Hospital Bahagia

Penyanyi Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tiga pertuduhan dadah pada 29 November lalu. Bagaimanapun mahkamah mengarahkan Yasin, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor. Menurut hakim, ketika kejadian keadaan mental tertuduh tidak waras.

4- Pembunuh Along Spoon dibebaskan

Pembunuh penyanyi terkenal era 90-an, arwah Along Spoon dibebaskan dari Penjara Kajang pada 16 November lalu selepas Mahkamah Persekutuan meminda hukuman penjara sepanjang hayat kepada penjara 33 tahun. Sebelum ini, Mohd. Ya’cob Demyati, 57, diperintah hukuman mati, namun diringankan kepada penjara sepanjang hayat. Dia telah selesai jalani hukuman penjara 33 tahun.

5- Muhammad Sanusi didakwa menghasut

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja.
Dia didakwa mengikut perenggan 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
Penahanan dilakukan selepas polis menerima laporan daripada ahli-ahli Dewan Diraja Selangor pada 14 Julai yang mendakwa Muhammad Sanusi menghina dan mempertikaikan kewibawaan institusi Diraja Selangor berhubung pemilihan jawatan Menteri Besar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI