fbpx

Gelombang ketiga: Mangsa banjir Terengganu tinggal 735 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Kebangsaan Pasir Raja yang masih ditenggelami banjir di Hulu Dungun hari ini.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir gelombang ketiga di Terengganu terus memulih dengan mangsa yang masih berada di pusat pemulihan sementara (PPS) hanya tinggal 735 orang daripada 199 keluarga.

Tiga daerah iaitu Hulu Terengganu, Kemaman dan Setiu pula sudah pulih daripada bah yang bermula pada 24 Disember lalu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebahagian besar mangsa banjir negeri ini berada di Dungun.

Beliau berkata, seramai 715 mangsa daripada 195 keluarga masih berada di 11 PPS di daerah itu.

“Seramai 14 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang, Marang.

“PPS Dewan Sivik Pulau Duyong, Kuala Nerus pula masih diduduki enam mangsa sekeluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, walaupun banjir semakin surut, langkah berjaga-jaga tetap diambil memandangkan hujan masih turun di beberapa kawasan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI