fbpx

Priyanka tikam mata suami minta pinjam telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ankit cedera pada matanya selepas ditikam Priyanka. - NDTV

NEW DELHI, India – Seorang wanita di negeri Uttar Pradesh menikam mata suaminya dengan menggunakan gunting selepas mangsa meminta telefon bimbitnya untuk mendengar lagu.

Stesen penyiaran NDTV melaporkan, lelaki bernama Ankit itu membuat laporan polis terhadap isterinya, Priyanka berhubung insiden tersebut baru-baru ini.

Menurut polis, Ankit pada awalnya meminta telefon bimbit Priyanka untuk mendengar lagu dalam aplikasi YouTube.

Wanita itu bagaimanapun enggan menyerahkan telefonnya. Dia sebaliknya menyuruh Ankit menggunakan telefon bimbit sendiri. Pertengkaran berlaku antara mereka sebelum mangsa diserang.

Keluarga Ankit kemudian menghantarnya ke sebuah pusat kesihatan komuniti berdekatan. Polis memaklumkan bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI