fbpx

Batal kahwin kerana tiada lauk kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keluarga pengantin lelaki kecewa apabila hidangan sumsum tulang kambing tidak disediakan. - NDTV

NEW DELHI, India – Sebuah majlis perkahwinan di negeri Telangana terpaksa dibatalkan kerana keluarga pengantin perempuan gagal menyediakan hidangan sumsum tulang kambing sebagai sebahagian daripada menu bukan vegetarian.

Senarai hidangan semasa majlis itu telah dirancang oleh pihak pengantin perempuan,  namun keluarga pengantin lelaki meminta agar hidangan sumsum tulang kambing disediakan.

Bagaimanapun, pergaduhan besar tercetus antara keluarga pengantin semasa hari pertunangan pada November lalu apabila hidangan yang diminta keluarga pengantin lelaki tidak disediakan.

Walaupun menerima campur tangan polis, pihak pengantin lelaki enggan menyelesaikan isu tersebut pada hari kejadian kerana menganggapnya sebagai satu penghinaan. 

Mereka mendakwa bahawa pihak pengantin perempuan sengaja menyembunyikan berita ketiadaan hidangan itu sehingga majlis pertunangan berlangsung. 

Akibat persengketaan  berpanjangan, majlis perkahwinan pasangan tersebut dibatalkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI