fbpx

Tukang besi cedera kena pisau ketika bergurau semasa mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tin Soe dan Kyaw Win kini sedang dikesan pihak polis.

KLANG – Gara-gara perselisihan faham ketika mabuk membuatkan seorang tukang besi warga Myanmar cedera terkena pisau yang digunakan oleh rakan senegaranya di sebuah kilang fabrik logam di Kampung Jawa, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 39 tahun cedera di lengan tangan kiri dan dadanya.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada seorang doktor perubatan berusia 32 tahun memaklumkan telah menerima seorang pesakit warga asing yang mempunyai kesan kecederaan kira-kira pukul 8.53 malam, hari sama.

Katanya, siasatan mendapati mangsa bersama tiga orang rakan senegaranya telah berjumpa dan minum minuman keras sehingga pukul lima petang di kawasan kilang tempat kerja mereka.

“Setelah selesai minum, suspek telah datang ke arah mangsa sambil memegang sebelah pisau pemotong sayur lalu menyerang mangsa.

“Punca kejadian dipercayai disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan adik kandung suspek,” katanya pada kenyataan hari ini,

Difahamkan, perselisihan tersebut disebabkan gurauan kasar sehingga menyebabkan suspek terguris hati dan perasaannya.

Justeru, kata Hoong Fong pihaknya kini sedang mengesan dan menangkap dua suspek warga Myanmar terlibat yang masing-masing dikenali Tin Soe Aung, 36, dan Kyaw Win Thu, 24.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua suspek itu diminta menyalurkan kepada pihaknya di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI