fbpx

Konflik Palestin-Israel: AS hantar 230 pesawat, 20 kapal berisi senjata ke Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat tentera membawa kenderaan utiliti sukan (SUV) berperisai dari AS mendarat di lapangan terbang Tel Aviv pada 19 Oktober lalu. - AFP

TEL AVIV  – Amerika Syarikat (AS) telah menghantar 230 pesawat kargo dan 20 kapal yang sarat dengan muatan senjata dan peralatan kententeran ke Israel sejak perang bermula 7 Oktober lalu, lapor agensi berita Anadolu.

Akhbar Yediot Ahronoth melaporkan, bantuan ketenteraan AS ke Israel itu termasuk peluru meriam, kenderaan perisai dan alat tempur asas untuk askar.

Kementerian Pertahanan Israel pula menganggarkan bahawa kos perang di Gaza yang dibiayai Rejim Zionis berjumlah sekitar 65 billion shekel (RM83.1 bilion).

Memetik kenyataan seorang pegawai Kementerian Pertahanan, akhbar tersebut melaporkan bahawa askar Israel telah menggunakan kebanyakan peluru simpanannya sejak awal peperangan.

“Akan tetapi, Israel berjaya mengisi semula gudang pelurunya sebagai persediaan menghadapi kemungkinan perang besar-besaran dengan kumpulan Hizbollah dari Lebanon,” tambahnya.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya 489 askar Israel terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan Hamas sejak perang bermula. Kira-kira 1,200 orang awam Israel dilaporkan maut dalam peperangan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI