fbpx

Dua lelaki curi sawit guna Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman video cubaan dua lelaki ketika cuba mencuri buah kelapa sawit di sebuah kebun dipercayai berlaku di Linau, Batu Pahat.

BATU PAHAT – Cubaan dua pemuda untuk mencuri buah kelapa sawit di sebuah kebun dipercayai di Linau di sini gagal selepas berjaya dihalang oleh seorang lelaki yang menyaksikan kejadian berkenaan kelmarin.

Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu terpaksa menurunkan semula buah kelapa sawit yang dimuat naik dalam kereta Perodua Myvi berwarna hitam yang digunakan mereka.

Kejadian itu dirakam seorang lelaki dan video berdurasi 26 saat tular dalam laman sesawang Facebook milik akaun Batu Pahat Sana Sini.

Dalam video berkenaan, suspek tersebut terpaksa memohon maaf kepada lelaki yang menghalang mereka selepas dikatakan mahu diadukan kepada pihak polis.

“Banyaknya kamu ambil buah kelapa sawit, jangan lah buat macam itu atau mahu saya lapor kepada polis,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan daripada mana-mana individu berkaitan kes berkenaan.

“Bagaimanapun pihak polis sedang berusaha untuk mengesan seterusnya menahan suspek,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI