fbpx

Banjir: Mangsa di 12 PPS di Pahang menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota pihak berkuasa beruniform sedang membantu sebuah keluarga membersihkan rumah selepas banjir surut sebuah rumah di Kampung Bukit Pampong, Raub, Pahang hari ini.

KUANTAN – Bilangan mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 503 orang daripada 130 keluarga yang ditempatkan di 12 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerahsetakat  pukul 4 petang ini.

Tiga buah PPS di Lipis dan sebuah PPS di Raub yang menempatkan 204 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air dilaporkan surut.

Jurucakap Sekretariat Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, di Lipis, PPS Dewan Orang Ramai Bukit Kota menempatkan 21 mangsa manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Lentang pula dihuni sembilan mangsa, PPS Kechau Tui (10).

“Bagi Mukim Ulu Dong dan Mukim Dong, Raub jumlah mangsa meningkat 463 orang dan mereka ditempatkan di sembilan PPS, manakala PPS Dewan Dato Seriwa, Dong sudah ditutup hari ini.

“PPS Dewan Serbaguna Kampung Pia menempatkan 20 penduduk, PPS Balai Raya Kuala Keloi (17) dan PPS Dewan Kampung Kuala Gali (37),” katanya di sini hari ini.

Selain itu, katanya, PPS Kampung Pamah Kulat menempatkan 65 mangsa, PPS Rumah Pertanian Kampung Pamah Rawas (107), PPS Surau Kampung Beruas (81).

“PPS Balai Raya Pamah Rawas pula menempatkan 20 mangsa daripada empat keluarga dan PPS Kampung Lechar dihuni 65 mangsa.

“PPS Dewan Orang Ramai Bukit Pampong yang dibuka pada pukul 9 pagi semalam masih kekal dengan 51 mangsa daripada 13 keluarga,” jelasnya.

Mangsa banjir di dua daerah tersebut menerima bantuan makanan dan dipantau Jawatan Kuasa Pengurusan Banjir Daerah, pihak berkuasa, Balai Penghulu Mukim dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI