fbpx

Polis sahkan mayat lelaki dalam kereta mati lebih dari lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki tempatan yang ditemui meninggal dunia lebih lima hari di kawasan parkir car boot sale Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, pagi semalam.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan mayat seorang lelaki di dalam kereta jenis Perodua Bezza di kawasan parkir car boot sale Damansara, Kota Damansara, di sini, telah meninggal dunia lebih lima hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat tersebut sekitar pukul 12.04 tengah hari, semalam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40-an dan dijumpai dalam keadaan terbaring di ruangan pemandu kereta terbabit.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia dalam tempoh melebihi lima hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambah M Hussin, pihaknya memerlukan orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian untuk tampil ke balai polis bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga boleh berhubungan secara terus dengan Ketua Polis Balai Kota Damansara, Asisten Superintendan, Mohd Nasir Mustapha di talian 011-32052062 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah kereta telah menggemparkan pengunjung serta peniaga di tapak jualan but kereta (car boot sale) Damansara, Kota Damansara, di sini, pagi semalam.

Menurut saksi, mayat tersebut sudah berada dalam keadaan mengembung serta berbau busuk dipercayai sudah meninggal dunia lebih daripada satu hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI