fbpx

Jualan kereta bakal turun – Kenanga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELANCARAN Tesla Model Y pada Julai lalu antara yang memberikan keterujaan pasaran tahun ini.

PETALING JAYA – Industri automotif negara dijangka bakal menyaksikan penurunan dalam jumlah jualan kenderaan pada tahun depan, dipengaruhi oleh pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.

Kenanga Investment Bank Bhd. (Kenanga) dalam nota kajian yang dikeluarkan baru-baru ini berkata, pihaknya mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) pada 2024 sebanyak 710,000 unit, iaitu 7.8 peratus lebih rendah berbanding jangkaan tahun ini pada 770,000 unit.

Menurut Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab. Aziz, rasionalisasi subsidi mungkin menjejaskan permintaan untuk model pasaran pertengahan.

“Pada masa sama, kami optimis terhadap jualan kendera­an dalam segmen mampu milik apabila kumpulan B40 yang menjadi sasaran utamanya terhindar daripada kesan rasionalisasi subsidi, malah berpotensi mendapat manfaat daripada pengenalan model gaji progresif,” katanya.

November lalu, TIV merekodkan 71,908 unit, iaitu 10 peratus lebih tinggi tahun ke tahun untuk mencatatkan jumlah keseluruhan 718,748 unit sepanjang 11 bulan pertama 2023.

Angka itu menghampiri jangkaan Persatuan Automotif Malaysia iaitu sebanyak 725,000 unit bagi tahun penuh 2023.

Keterlihatan pendapatan industri automotif kekal kukuh, disokong oleh tempahan tertunggak sebanyak 220,000 unit pada akhir bulan lalu, dengan lebih separuh daripadanya terdiri dari­pada model baharu.

Wan Mustaqim berkata, jualan kenderaan baharu akan terus disokong oleh kenderaan elektrik bateri (BEV) yang menikmati pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan insentif kemudahan kenderaan elektrik lain sehingga 2025 untuk kendera­an import serta 2027 bagi pemasangan tempatan.

“Pendaftaran BEV baharu melonjak dengan ketara selama dua tahun yang lalu daripada 274 unit pada 2021 kepada lebih 3,400 unit tahun lalu dan 9,000 unit tahun ini setakat November,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI