fbpx

Mangsa banjir Terengganu meningkat 686 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir Terengganu terus meningkat kepada 686 orang daripada 217 keluarga di empat daerah di negeri ini.

Mereka kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun, Hulu Terengganu, Setiu dan Marang.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Dungun merupakan daerah paling terjejas dengan 337 mangsa daripada 92 keluarga berada di enam PPS.

“Seramai 274 mangsa daripada 106 keluarga pula berada di empat PPS di Hulu Terengganu.

“Sebanyak dua PPS yang mempunyai 63 mangsa daripada 16 keluarga dibuka di Setiu,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Marang pula mempunyai 12 mangsa daripada tiga keluarga yang kini berlindung di PPS Dewan Sivik Wakaf Tapai.

Beliau berkata, hujan lebat berikutan tempias pertembungan ribut Jelawat dan angin tropika sejak semalam masih berterusan di kebanyakan kawasan di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI