fbpx

Pemuda maut baiki traktor ‘bergurukan’ laman video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIRIMONGKHON mati ketika membaiki alat membajak sebuah traktor di Buriram baru-baru ini. - Foto Channel 3

BANGKOK – Seorang pemuda berusia 21 tahun di Thailand hilang nyawa semasa membaiki traktor menggunakan pengetahuan yang diperoleh daripada sebuah laman video popular, lapor portal berita Thaiger semalam. 

Seorang kakaknya berkata, dia meminta pemuda itu belajar secara formal sebelum memandu atau membaiki traktor tersebut.

Anggota dari Balai Polis Mueang Buriram dipanggil ke ladang tebu di daerah Mueang, rantau Isaan, selepas dimaklumkan tentang kematian pemuda tersebut, Sirimongkhon Sitchok.

Mereka menemui mayat Sirimongkhon dengan kepala dan lehernya hancur digilis traktor yang dibaikinya.

Sebelum kemalangan  berlaku, enjin traktor dibiarkan hidup ketika dia membaiki peralatan membajak yang terletak di bahagian belakang kenderaan itu.

Semasa selesai membaikinya, traktor itu mengundur dan melanggar mangsa.

Pemilik traktor, Kamchai In-thorn menjelaskan bahawa dia membiarkan Sirimongkhon memandu traktornya kerana ia bukannya kerja yang sukar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI